Breaking

Monday, July 4, 2011

Sayur Bayam Tumis Air


Satu lagi resepi sayur pilihan aku..... kalau makan sayur bayam ni, aku mesti teringat cerita popeye... kan popeye dapat tenaga besinya apabila makan bayam atau 'spinach'. Macam biasa aku masak simple2 je...

Resepi sayur yang biasa2 je tapi amat berkhasiat......


Bahan2 :

2 ikat bayam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bayam di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan bayam. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Okey..... Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...