Breaking

Monday, August 15, 2011

Cekodok Kucai Dengan Ikan Bilis

Wat cekodok je.... simple!!! Itu la.... penangan sibuk bershopping smlm. Xlah shopping banyak mana sangat... tp laju je perginya duit. 

Cekodok ni biasa buat pakai udang... dek disebabkan family aku ni allergik dengan udang  jadi tukar je dengan ikan bilis. Bolehlah....

Cekodok Kucai Dengan Ikan bilis

Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
sedikit kucai - agak2 lah
1/2 biji bawang besar
1 bji cili merah
segenggam ikan bilis
sebiji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air dan minyak masak secukupnya.


Cara2 :

Kucai dipotong2. Bawang merah, cili api dipotong kecil2. Ikan bilis dutumbuk kasar. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan kucai, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kedalam mangkuk. 

Pecahkan juga telur. Masukkkan air bersama garam secukupnya . Anggaran pekat2 nya macam buat cekodok pisang. Masukkan juga serbuk kunyit. 

Gaul sebati. Goreng di dalam kuali didalam minyak yang panas. Bila dah hampir garing bolehlah diangkat.

Boleh dimakan bersama dengan sos cili D'Ansar yang sangat sedap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...