Just Klik!

Tuesday, October 4, 2011

Kek Red Velvet


Mula2 sekali aku tengok n dpt tahu tentang kek ni dah lama, waktu tengok kt tv rancangan Martha Stewart..... cerita masakan org putih.

Ingat lagi..... aku rasa pelik dan dan aku fikir susahnya nk buat kek ni..... taruh cuka plak tu. Memang pelik sungguh. Lepas tu adalah sesekali tengok kt majalah. And then, bila aku aku mula berblogging dan tengok plak ramai yg buat kek ni........ aku pun buat kajian sikit, barulah aku nampak......sebenonya x susah manapun wat kek ni dan rasanya xlah  masam macam cuka tu . He...he!

Aku buat rumusan.......... mesti sedap kek ni. Lain dari yg lain plak tu. Pilih punya pilih resepi kek red velvet, akhirnya aku buat keputusan nk buat dan ambil resepi dari blog ida@Happy Cooking Time yg asalnya dari blog Hanamemories dari terjemahan website Joy of Baking.

Aku dah buat smlm........... wah!  sedapnya, gebu, lembut n   marveloussssssss...................anak2 aku cakap 'sedap giler'. Xlah susah mana pun .............apasal aku x terfikir dari dulu !!!

Macam biasa resepi ni aku olah ckit.......... utk memudahkan aku dan utk rujukan aku pada masa depan. bolehkan ida?

Inilah resepinya.............. Layannnnnnnnnnnn!!!!!!


'Kek Red Velvet'

Bahan2 :

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam (lupa nk bubuh)
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko (guna 1 botol kecil serbuk koko)
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor (buat 200g gula)
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar - (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah - (habiskan 1 botol kecil serbuk)
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

 * ada 2 cara buat cream cheese - x buat tp letak resepi kt sini
1. Cream Cheese Frosting
227g cream cheese 
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor 
360ml @ 11/2cawan whipping cream 
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut 


2. Cream cheese frosting kedua

500 gm cream cheese 
400 mls / 2 kotak whipping cream 
7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa 
1/4 sd teh garam
2 sm/sdb oren sunquick pekat


-  buat buttercream je....
1 cawan gula icing
1/2 drp 1 ketul butter 250g
sehiris limau nipis (ambil jus)

Cara2 :

Buat Butter milk dulu - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.

 Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) 

Sedia dipotong dan dihidangkan.

p/s : Aku hias sempoi je........ x reti nk hias lebih2 pun. Aku ni bukannya kreatif. Nanti lagilah berserabut kek tu. Pertama kali buat kek ni...... hias pakai buttercream je, x reti dgn cream cheese bagai tu!!!!


*******************
my dream.....!
klik SINI

*******************

Have a nice day! :)

5 comments:

Anna Qawina said...

hmmm..sedap nampak..bnyk gak rsp red velvet ni, tak tahu yg mana satu betl2 sedap..yg ni ok tak?
pastu buteercream tu sedang2 elok ya utk salut sebiji kek?

Noor said...

hai anna, thanks sudi comment. Dah tengok banyak resepi dah. Rasanya inilah yg paling simple. X payah bersukat2 sangat. Buttercream tu cukuplah takat nk salut.Kalau nk deco lebih, x cukuplah.

MaMa Rey said...

nyamm..sedapnyer..nak cuba buat kek ni utk buka puasa nanti..ank2 mesti suk..tq noor

Michael said...

saya pun dah cuba pelbagai resepi rvc ni.. tapi lum ada resepi yang berkenan di hati.

Anonymous said...

cane nak buat cream biase je?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...