Breaking

Monday, December 26, 2011

Kek Coklat Pandan

Dah hujung tahun skrg.......... banyak perkara nk prepare ni. Kelengkapan sekolah anak2 pun belum ready lagi. Apo nk dikato....

Itulah.... minggu lepas buat apam polkadot ala2 bantat gitu, ada aku letak n3nya kt blog. Dah kena komen kaw2 pun... Xpe, aku sedar aku ni x pandai masak.... cuma aku ni berani mencuba. 

Dah banyak jugaklah resepi para blogger yg aku cuba, ada yg jadi dan banyak jugak x menjadi..... Dah x jadi xlah aku masukkan dlm blog. Tp yg bestnya anak tetap kata okey dan sedappppp. Mak dia yg buat kannnn....!!!

Ari ni aku buat kek sebiji.... utk harijadi anak bujang aku...........tp x deco apa2pun. Mak dia ni x kreatif pun, buat nyusah je. Potong2 dan makan je gitu.... pun sodap...haha!

Kek ni resepi asal cuma resepi kek mentega biasa. Aku buat belang2 perisa coklat dan pandan. Nama masakan ni aku cuma bagi gempak ckit ... ala.... resepi kek biasa jerrrrrrrrrrr.!!!!


Bahan2 :

250 mentega @ marjerin
250gm gula halus
5 biji telur - gred B
250gm tepung naik sendiri @  tepung gandum + 1 sk baking powder(ayak bersama)
3 sk serbuk coklat
1 sk esen vanila
1 sk esen pandan
1 sk perwarna hijau

Cara2 :

Putar mentega dan gula hingga kembang. Selepas tu pecahkan telur satu persatu ke dalamnya. Putar lagi. kemudian masukkan tepung. Putar hingga rata. 

Bahagikan adunan sama rata. 1 bahagian di campurkan serbuk coklat dan esen vanila. 1 bahagian lagi campurkan esen  pandan dan perwarna hijau.

Sediakan loyang yg telah disapu rata dgn mentega. Letakkan adunan kedalam loyang berselang-seli sesenduk demi sesenduk sehingga habis.

Bakar didlm oven selam lebih kurang 1jam dlm suhu 180C.



p/s : Sedap... .. lembut dan gebu jerrrrrrrrrrrrrrr.......!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...