Just Klik!

Monday, August 6, 2012

Mee Goreng Basah

Masakan mee yang mudah disediakan..... aku buat ni beberapa hari lepas. Main campak2 je... dah siap.

Sibuk ni... mata pun dah kuyu. Letihlah plak.... tp nk menghabiskan n3 tertunggak ni jugak.

So, layan............!!!



Bahan2 :

1 paket mee kuning
1 keping isi ayam - di hiris kecil2
3 biji  merah - ditumbuk
2 ulas  bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili giling
4 sudu makan kicap
1/2 cawan sos cili
2 sudu  makan sos tiram
1 biji telur ayam
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong2
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili giling dan isi ayam. Goreng sampai garing. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul dan masukkan air. Didihkan sebentar. Masukkan sawi.

Bila sawi dah layu, pecahkan telur. Kacau dan masukkan mee kuning. Kacau lagi serta perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dimakan panas2.



p/s : Emm.... sedap!

*******************
my priority.....!
klik SINI
********************

Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...