Breaking

Wednesday, June 8, 2011

Taugeh Tumis Air


Ini juga lauk yang simple...... aku sentiasa masak yang mudah2 je.... boleh  di makan, sedap dan berkhasiat.... kira okeylah tu!!!

Bahan2 :

1 mangkuk taugeh
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 keping tauhu - goreng sebentar
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan taugeh. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...