Breaking

Friday, August 26, 2011

Golden Daisy Cookies


Inilah dia............ biskut raya buat mlm tadi. Biskut yg simple dan senang jerrrrrrrrrrrr.

Rasa dia..................... eeeemmmmmmmmmmm sedap. Bahannya pun teramat rinkas sesangat. Itu yg aku suka. Resepi biskut ni aku pun lupa cilok dari buku resepi mana, tp dah lama ada dalam simpanan.

Kalau tengok bentuknya sama je dengan biskut dahlia yg biasa, cuma kaler dia lebih kuning keemasan. Intinya pula guna kismis kuning. Pulak tu biskut ni kaya dengan rasa susu yg sedap.


Bahan2 :

600gm tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
250gm/1 ketul  mentega
Kismis kuning secukupnya

Cara2 :

Pukul mentega dan susu pekat sampai kembang. Lepas tu masukkan tepung kastard. Jangan masuk semua sekali, masukkan sikit2 utk mendapat adunan lembut. Gaul sebati. Adunan ini agak lembik sedikit. Ini adalah utk memudahkan memicitkan adunan kedlm acuan.

Masukkan adunan kedlm acuan dan picitkan adunan diatas loyang pembakar. Gunakan acuan semperit atau acuan biskut dahlia. Letakkan inti kismis kuning diatasnya. Jika kismis terlalu besar, boleh dipotong kecil2.

Bakar dlm suhu 170C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bawahnya kekuningan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...