Breaking

Friday, August 19, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Dah hari ke 19 kita berpuasa.......... selera makan dah caca-marba. Sana-sini dok sibuk cerita tentang raya. mooad raya dah mari.... aku je yg xde mood lagi.

So.... aku masak gulai tempoyak ajelah.... tempoyak sebalang tu xkan terbiar je. Lama2 nanti x sedap pulak rasanya.

Menu kali ni  'Gulai Tempoyak Ikan Kembung'

Bahan2 :


4 ekor  ikan kembung
3  sudu besar  tempoyak
1 mangkuk rebung kuning - xde pun xpe  
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung   dibersihkan.. Kalau nak, boleh dipotong2. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Masukkan juga rebung. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

p/s : Rebung tu boleh kalau x taruh pun. Tukar dengan timun pun boleh!


1 comment:

[leily.laily] said...

kite pn semalam wat masak tempoyak, tp ikan patin..
besttt.. berselera bukak pose.. heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...