Breaking

Saturday, August 6, 2011

Kari Ikan Masin dengan Nenas

Masak kari smlm..... sedapnyerrrrrrrrrrrrr. Dah lama aku x masak lauk ni. Bila sekali masak ... fuhhhhhhhhh!!!

So............, inilah resepinya 'Kari Ikan Masin dengan Nenas'

Bahan2 :

1 paket kepingan ikan kurau masin
1 bji nenas 
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 cm halia 
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari ikan 
2 cawan santan
1 cawan air
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa

Cara :

Ikan kurau masin dibersihkan. Nenas dibuang kulit dan dipotong kecil2. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat. Tumiskan bahan2 tumbuk Bila dah kekuningan masukkan cili giling.

Tumis sampai agak garing. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit  air. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan santan dan air.

Masukkan juga ikan kurau masin dan nenas. Biarkan mendidih. Perasakan juga dengan garam dan gula. Dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...