Breaking

Tuesday, August 2, 2011

Mee Goreng Daging Bertomato


Ini juadah berbuka kami sekeluarga smlm.... so  simple. Rasanya aku ni pakar masak simple2 je dan jenis yang tak banyak bahan. Bukannya apa.... jimat kos, barang pun mahal sekarang. Tp okey je....tetap sedap.

Disini di perturunkan resepi masakan aku ni, yg sebenonya main campak2 je! Agak2 le yerrrrrrrrrrrr!!

1 paket mee kuning
Sedikit daging ( dah dpotong kecil2 dalam 1/2 cawan)
3 pokok sawi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
2 sudu besar cili giling
2 sudu besr sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu teh pes asam jawa
1/4 dari sebiji kiub ayam
1/4 cawan air
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Sawi dipotong2. Tomato dipotong dadu. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat Tumiskan bahan tumbuk sampai wangi dan kekuningan.

Masukkan cili giling dan dimasak sampai garing selepas itu masukkan daging sos tiram, kicap, pes asam jawa dan kiub ayam. Biar seketika sehingga daging masak.

Masukkan 1/4 cawan air dan sawi. Tunggu sehingga sawi layu. Lepas itu masukkan mee. Kacau2 sehingga rata dan masukkan tomato. Kacau lagi dan bolehlah dihidangkan. Simple jeeeeeeeeeeeeee!!!

Selamat makan........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...