Breaking

Thursday, August 18, 2011

Nasi Goreng Cina


Bengang betul.... blog buat hal. Tak boleh post n3. Sebenonya n3 inipun aku tengah mencuba pakai post editor (old setting). Cuba2 je... kot2 boleh... harap2 bolehlah.

Ini masakan kelmarin, bukan semalam tau...

'Nasi Goreng Cina'

4 cawan nasi
1 cawan sayur campur
1/2 cawan isi ayam
2 biji telur
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji cili api
2 sudu makan sos tiram
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Bawang putih dicincang halus, isi ayam dipotong kecil2. Cili padi pula di ketuk2 pecah2 je. Panaskan kuali, masukkan bawang putih. Lepas tu masukkan ayam. Ayam dah masak, masukkan cili api, sos tiram, serbuk lada hitam dan kiub ayam.

Masukkan cili merah dan sayur campur pula. Kacau sebati, pecahkan telur kacau lebih kurang masukkan nasi. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan betul2 sebati bolehlah diangkat dan di hidangkan.

p/s : Kalau nak boleh tambah udang dan sotong dalam nasi ni......!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...