Breaking

Tuesday, December 20, 2011

Apam Polkadot

Kekadang tu buntu memikirkan nk masak apa...... tuk dihidangkan mimum petang dan yg boleh plak ditayang diblog aku ni. Kalau x di tempek n3 nnti ketinggalan ketapilah blog ni.

Hidangan mestilah 2 dlm 1, sedap dimakan dan sesuai utk tekak anak minum petang. Fikir punya fikir, tanya ank2 dan belek internet.... anak2 suh buat apam polkadot lah plak...

Susah ni, aku ni bukannya kreatif dan lecehlah nk buat ni.... tp aku buat jugaklah dgn penuh kepayahan. memang leceh dan rumitlah kerjanya.... anak2 tolong menyibuk je...

Aku buat resepi yg guna sukatan cawan.... senang ckit. Dah siap... mula2 tu memang kureng menjadi dot2 tu. Lepas tu baru dtg idea.... barulah ada upe dot2. .

Ramai sungguh yg dah tayang apam polkadot ni.... ini utk kesekian kalinya aku plak dok tayang... aku ambil resepi dari myresepi oleh write2fatin. Nak resepi ni.... klik sini

Layan jelah  resepi ni.............



Bahan2 :

3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
11/2 cawan gula halus
3/4 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallette
filling (saya guna jem blackcurrant)
pewarna
mangkuk kertas (kecil/sedang)
acuan kuih lompang



Cara2 :

Masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. 

Pukul lagi dengan kelajuan maksima. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag. 

Sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti). picitkan adunan ke dalam papercup (setengah ja). Letakkan filling di tengah2 (bubuh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit. 

Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. Lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit.



p/s : Sedap jugaklah... sekali hadap je dah diabiskan anak2

1 comment:

Anonymous said...

bantat, tak jadi ke apam tue? tak nampak gebu mcm org lain. jgn serik lain kali cuba lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...