Just Klik!

Tuesday, December 29, 2015

Sagu Gula Melaka

Petang kelmarin buat juadah minum petang..... satu pencuci mulut yang sangat mudah. Godek2 jer, dah siap. Nak cepat sebab pada malam nya nak pergi jenjalaan cari baju sekolah anak2 .... Dah beli dah sebenarnya tapi  ada beberapa benda yang tertinggal....

Jom la kita tengok resepi sonang dan belanja sekeping gambar tak semenggah ni.... haha!


Bahan2 :

2 cawan sagu telor ikan
1 keping gula melaka
1 cawan gula merah
1/2 cawwan gula pasir
2 helai daun pandan
Perwarna hijau
Air secukupnya

Cara2 :

Buat air gula melaka dulu. Gula melaka, gula merah, gula pasir dan daun pandan dicampur dalam periuk bersama 2 cawan air dan di masak sehingga mendidih. Masak sampai gula hancur. Ketepikan.

Sagu telor ikan dibasuh dan tapiskan. Didihkan 2 cawan air. Seterusnya masukkan sagu. Taruh pewarna. Kacau terus sehingga sagu menjadi jernih dan menjadi pekat dan likat. Lepas tu bolehlah diletakkan didalam loyang atau acuan yang di sukai.

Dah sejuk, bolehlah dimakan bersama gula melaka. Kalau nak makan sejuk... taruh dalam peti ais terlebih dulu. Sedapppp!


p/s : Kalau nak lagi sedap boleh tambah dan makan dengan santan  atau susu cair.... nyumm3

*******************
my life .....!
klik SINI
*******************


Have a nice day! :)

Friday, December 18, 2015

KIMCHI.....

Minggu lepas ada tengok kat Wanita Hari Ini... cara buat kimchi. Sebelum tu ada tengok kat FB orang buat jual kimchi tu. Nampak sedap jugaklah... Anak2 plak minat korea... bila dapat tahu aku nak buat kimchi teruja sesangat diorang....

Aku pun mula membelek 2 resepi kimchi kat google. Macam2 versi ada. So, aku buat rumusan sendiri. Buat cara senang jer..  Ada yang buat letak paste tepung pulut... tambah sayur lobak putih... epal pun ada.

Tak letak itu semua .... hanya kobis panjang dan bawang putih jer... buat sikit jer... nak merasa jer...hihi!



Bahan2 :

1/4 dari sebiji kobis panjang
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan sos tiram
2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula

Cara2 :

Kobis dibersihkan dan dipotong besar2. Bawang putih di cincang kasar. Kobis digaul sebati dengan garam dan ditekan padat dalam sebuah bekas. Biarkan selama 6 jam.

Selepas 6 jam, basuh kobis yang bergaul garam beberapa kali untuk membuang lebihan garam. Gaulkan kobis dengan cili giling, bawang putih. sos tiram dan gula. 

Perap dan peram selama2 hari dibawah suhu biasa. Dah 2 hari, barulah boleh di makan dan disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak lebih masam peram la 3 hari ikut kesesuaian rasa.



p/s : Anak2, mula2 teruja... tapi bila dah jadi cakap baunya tak sedap, menyengat. Camne nak makan tuh...hihi!

*******************
my priority.....!
klik SINI
*******************

Have a nice day! :)

Monday, December 14, 2015

Kacang Botor Goreng Cili Merah

Hmm..... ari ni nak kongsi resepi masakan sayur jer. Jangan tak tau sedap tau.... Rugi kalau tak makan. Masak sayur ni kalau kena caranya memang sedapppp!

Kacang botol atau kacang botor tak tau la.... Sama je kan! Macam biasa, anak2 suka jugak makan sayur ni... tapi ada yang pelik tengok ...dia kata kacang botor nicnampakmacam berkepak bila di potong2 tu.... hihi!
Okeylah kita tepek gambar ngan resepi kat sini....


Bahan : 

Secekak kacang botor
2 sb ikan bilis
3 biji cili merag
2 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1/2 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Kacang botor dibersihkan dan dipotong2. Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Ikan bilis ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga wangi.

Masukkan kacang botor, air, garam dan gula secukup rasa. Tutup kuali. Apabila kacang botor dah agak lembut, tutup api.

Angkat dan sedia dihidangkan.

*Ikan bilis boleh ganti udang kering, nak pedas boleh tambah cili padi dan lebih berperisa... letakla sedikit belacan...


p/s : secukup rasa gittewww!

*******************
my dream.....!
klik SINI
*******************



Have a nice day! :)

Monday, December 7, 2015

Sambal Hitam Belimbing Buloh

Aritu.... minggu lepas hubby bawak balik belimbing buluh. Katanya kawannya bagi selepas dia pergi melawat tempat kerja lama. Buat masak lemak cili api...sudah! Buat sambal pedas, sudah... tapi ada ada banyakkkk lagi...

So, fikir2 dan fikir..... google sekali... Yes! dapar idea buat sambal hitam belimbing buluh.... masakan tradisi negeri Pahang. Pernah rasa sekali dua.. bila ada yang jual dalam botol.. sedap jugak, masam2 pedas dan manis.

So, bermulalah episod mencuba membuatnya.... ikut resepi SINI... tapi buat ikut cara sendiri serba sikit...hihi!



Bahan2
Belimbing buluh (1 mangkuk penuh)
Cili padi (ikut kepedasan masing2)
Ikan bilis yang telah dikopek (ikut sendiri nak banyak mana)
Bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
Kicap manis atau secukup rasa (takde kicap manis... kicap masin pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 Menyediakan
Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.   Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  

Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  

Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. 


p/s : Entahlah, betul ke ini rupa sambal hitam...  Pernah rasa lebih kurang jer. Sedap bagi aku tapi pelik bagi hubby dan anak2..... haha!



Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...