Just Klik!

Wednesday, November 15, 2017

Nasi Arab Simple

Resepi si Arab yang tak seberapa ini dah lama aku buat. Cuma tak berkesempatan nak letak di blog ini. Aku buat ni... kombinasi dari beberapa resepi nasi arab yang aku google di internet. Tak ada pakai rempah nasi arab. Tak jumpa pun... Aku buat cara paling senang yang aku fikir boleh menjadi kat tekak aku je ni.... hihi!

Nasi Arab Simple
Nasi Arab Simple

Mula-mula aku buat dulu air rebusan ayam dari 5 ketul paha ayam yang aku gunakan untuk masak nasi ni. Selepas tu keluarkan ayam dan perap dengan bahan untuk membakar ayam tu. Aku panggng ayam dalam kuali je untuk mendapat kulit yang garing di luar dan lembut di dalam. Marilah kita tengok resepi senang aku ni.

Nasi Arab Simple


Sup 

5 ketul paha ayam
2 inci halia - di ketuk
1 sudu kecil lada hitam - pecahkan sedikit
1sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 ketul kuib ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
(untuk memasak nasi dan buat sup)

Cara-cara: 

Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas selama lebih kurang 45 minit sehingga ayam empuk dan lembut. Selepas tu tapiskan air rebusan untuk memasak nasi. Ayam yang di rebus di gunakan untuk membuat ayam panggang nanti. Simpan sikit sup untuk di makan bersama nasi arab nanti.

Selepas ni kita masak nasinya pula. Aku tak pakai beras basmathi pun. Pakai beras biasa yang aku masak hari-hari je. Rempah pula aku guna rempah sup yang dah tersedia segala rempah ratus yang ada. Minyak pula aku gunakan minyak zaitun... Kebetulan ada kat rumah. Butter tak ada, minyak sapi pun tak ada... marjerin pun tak ada juga. 

Nasi 

4 cawan beras
41/2 cawan air rebusan ayam 
- air ikut sukatan beras sendiri tau...
sedikit pewana kuning
6 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
(boleh gunakan minyak sapi atau butter)

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Rempah sup di bancuh dengan air. Beras di basuh dan di toskan. Tumiskan bahan-bahan dalam periuk nasi. Masukkan dulu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas tu masukkan bahan yang di kisar. Dah naik wangi, masukkan rempah sup. Bila rempah sup dah sebati masukkan air rebusan ayam tadi.

Selepas tu masukkan nasi. Kacau sekejap.Bolehlah di masak seperti biasa. Apabila nasi dah masak masukkan beberapa titik pewarna kuning. Biarkan sekejap. Selepas tu nasi di gaul dengan serata dan warna kuning akan bergaul cantik. Sementara nak tunggu nasi masak tadi, kita perap ayam yang di rebus tadi.






Ayam panggang

5 ketul ayam yang di rebus tadi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia3 sudu besar rempah sup
3 sudu kecil serbuk cili
1 sudu serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Selepas tu gaul dan perap semua bahan di atas dengan ayam. Ayam boleh di bakar dalam oven dengan cara di balut dengan aluminium foil atau terus di panggang dalam kuali dengan sedikit minyak. 

Aku guna cara yang kedua. Panggang dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila kulit luar garing dan isi senang di pisahlan dari tulang, menandakan ayam dah masak. Aku makan nasi arab ni bersama sos salata dan salad arab. Resepi ... 

Sos salata

2 biji tomato
6 biji cili api
1/2 biji bawang besar
2 biji cili merah
Jus lemon
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Kisar semua bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula. Sedap sos ni... aku suka!

Salad Arab

2 biji tomato
1 batang timun
1 biji bawang besar
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
Sedikit jus lemon
Sedikit minyak zaiton
Garaam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Tomato, timun, bawang besar, cili merah dan cili hijau di potomg dadu. Cili padi di hiris halus. Selepas tu gaul semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap semua, bolehlah di hidangkan. Percubaan pertama aku yang tidak mengecewakan. Walau tak sesedap nasi arab yang biasa tu. Ia dapatlah mengubat hati yang teringin. 

Nanti bila nak di hidangkan... makanlah sekali bersama-sama nasi, ayam panggang, sos salata, salad arab dan kuah sup ayam. Aku lupa nak buat salad kobis. Kalau buat salad kobis tak payah buat salad arab tu. Alahai... makan je lah...hihi!

p/s : Sedap tak sedap belakang kira..... tapi dah ada yang request nak suruh buat lagi tu.... sedaplah kiranya. Hingga menjilat pinggan tuuuuu...!!!

Have a nice day! :)

Monday, July 3, 2017

Rendang Tok ... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

Tak sangka aku dapat periuk philips secara percuma.... Tak sia-sia lah aku berblog selama ini. Kerajinan aku mengupdated blog selama ini akhirnya berbaloi-baloi. Sungguh mengujakan bagi aku yang tak pandai masak ni. Tapi aku sangat suka memasak. masak rendang tok apalah sangat. Ini resepi turun temurun keluarga aku. Dapat periuk philips dengan bahan masakan rendang tok sekali tuh!

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips
Rendang Tok ... 

Rendang tok ni sejak dulu-dulu lagi, setiap kali kenduri kahwin di negeri Perak jadi satu kemestian. Menjadi kebanggaan tua rumah bila dapat menumbangkan seekor kerbau atau lembu dan menghidangkan lauk rendang tok perak pada kenduri perkahwinan. Satu lagi rendang tok ni ada pada hari raya je. Makan dengan lemang memang sedap. Tapi membuatnya sangat renyah. Berjam-jam mengacau di dapur untuk menjadikan daging lembut dan kuah kering.

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips
Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

Dengan periuk Phillips dalam 30 minit dah siap. Memang canggih betul... kan! Rasanya pun sedap sangat, Saling tak tumpah macam yang arwah opah aku buat bertahun-tahun dahulu. Masuk bahan-bahan kacau-kacau lepas tu tutup. Boleh buat kerja lain dulu. Cukup masa tengok balik. Kacau serba sikit bagi kering dan bertukar warna kehitaman... dah siap. Senangnya memasak dengan periuk Phillips All In One Pressure Cooker ni.... gittew!

Rendang Tok... Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips


Resepi Dari Chef Marina Mustafa

Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain:
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
2 sudu garam
3 sudu gula melaka
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis

Cara - cara memasak menggunakan Phillips All In One dengan masakan ini :

1. Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
2. Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start.
3. Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau.
4. Masukkan daging ke dalam periuk Philips All In One Pressure Cooker, kacau selama 20 saat.
5. Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul rata.
6. Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke posisi Seal
7. Ada dua pilihan cara. Satu dalam keadaan Slow Cook Low Temp dan set waktu memasak sehingga 8 jam. Nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara ini. Tekan Start atau tekan Pressure Cook. Pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start.
8. Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak. Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent. 
9. Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
10. Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
11. Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing.
12. Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam rendang tok perak, sedia untuk dihidangkan.

Sedapnya... masakan rendang tok perak ni.... Seronok memasak kalau macam ni. Tak penat langsung dan tak berdiang di dapur berjam- jam. Dalam 30 minit lebih kurang dah dapat rendang yang sedap dan lazat seperti masakan opah aku. Daging pun lembut saja apabila di kunyah. Opah dan mak aku dulu berjam-jam nak tunggu masak dan pekat. Ini semudah abc jer... huiyyo!

p/s : Aku pernah masak rendang tok ni cara biasa dan menjadi antara entri  popular dalam blog ni... nak tengok.... klik SINI


Have a nice day! :)

Sunday, May 14, 2017

Peria Masak Taucu

Lauk sayur peria masak taucu peberet aku nih.... Walau ramai tak suka sayur peria ni, aku sangat suka dengan sayur. Pahit-pahit sedap macam petai, jering dan kerdas. Tapi peria ni tak ada berbau. Ada satu keluarga yang aku kenal tu... suka sungguh buat ulam cicah sambal belacan sayur ni. Tapi aku paling suka bila sayur ni buat peria masak taucu la... sedappp!!!

Peria Masak Taucu
Peria Masak Taucu

En. suami, setelah dapat tahu yang akku suka sayur ni... rajin pulak dia membeli. Dia bukan makan sangat pun. Tapi sejak aku rajin buat lauk sayur peria masak taucu ni, anak-anak dah ada yang boleh menerima dan memakannya. Baguslah macam tu. Peria ni antara sayur yang sangat berkhasiat tau...! Selain masak taucu aku biasa masak goreng bersama telur... sedap jugak. Nak resepi...? Jommm.....


Peria Masak Taucu


Bahan-bahan:

3 biji peria katak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
4 biji cili api hijau
Sepeket taucu
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu teh kicap masin
Beberapa ekor ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Air dalam 1/4 cawan lebih kurang

Cara-cara :

Peria di buang biji dan bahagian putih di dalamnya. di potong-potong dan di rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 5 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mengurangkan rasa pahit. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili api di belah tidak putus.Tak perlu buang tangkai. Ikan bilis di bersihkan.

Tumis bahan yang di hiris bersama cili api dan ikan bilis. Dah hampir kekuningan, masukkan taucu, Goreng sebentar, masukkan peria yang telah direndam tadi tetapi sebelum tu cuci bersih dari air garam. Masukkan sekali air, pes asam jawa dan kicap masin. Air tu ikut kesesuaian. Nak lebih kuah tambah lebih air. 

Biarkan masakan merenih sebentar, iaitu menutupnya dengan tudung periuk dalam 2 - 4 minit. Ini utuk membolehkan peria menjadi sedikit lembut. Selepas tu perasakan dengan gula dan garam. Sudah sesuai ikut rasa sendiri. Boleh tutup api dan di hidangkan. 

p/s : Oh yer... jika suka, boleh di tambahkan tomato yang di belah 4 - 6 dalam peria masak taucu ini sewaktu memasukkan perasa. Okey!


Have a nice day! :)

Monday, January 16, 2017

Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas

Resepi kali ni, gulai tempoyak ikan keli dan nenas ... sedap wa cakap lu.... Tak toleh kiri kanan dah. Aku dan anak-anak makan dengan penuh berselera. Habis terbarai segala diet yang ada. Tak apa, untuk satu hari sahaja. Lepas ni jaga pemakanan balik. Gulai tempoyak ikan keli dan nenas siapa yang dapat menahan kesedapannya... hahaha!

Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas
Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas

Dah rasa tak terlarat dah nak  berterusan menjaga banyak blog ni. Itulah pasal... tapi akan ku gagahi jua. Blog masakan,  walau sesekali je aku update... aku akan terus cuba bertahan tanpa rasa jemu. Memasak ni memang tugas hakiki aku. Terkadang tu dah masak penat-penat tapi asyik lupa nak ambil gambar. Dah habis, baru teringat, apa nak kata...

Gulai Tempoyak Ikan Keli Dan Nenas


Bahan-bahan:

3 ekor ikan keli sederhana besar
4 sudu besar tempoyak
1 biji nenas sederhana yang separuh masak
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan keli  dibersihkan. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir. Nenas dibuang kulit dan di potong-potong. Cili api, cili merah dan isi kunyit di tumbuk lumat. 

Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Masukkan sekali nenas. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 

Renihkan dalam 10 minit lagi sehingga masak Dah masak boleh diangkat. Makan dengan nasi panas2 ......!!!!

Nak resepi ikan patin masak tempoyak... klik SINI

p/s : Sedap hingga menjilat jari....!



Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...