Breaking

Monday, September 26, 2011

Asam Tempoyak Ikan kembung Dengan Tomato

Smlm dan ari ni aku dilanda kemalasan nk updated blog. Otak pun dah blur je................ !

Letihnya...... mata pun  berat je! Hanya disebabkan rasa tanggungjawab kt blog ni, aku updatedlah resepi yg aku masak ari ni. So simple, tp aku sukaaaaaaaaaa............!

Dah berkali2 aku buat dah!!!  X jemu2 !!!!!!!

Kalau ada yg boring ngan resepi2 aku kt blog aku ni, aku x kesah........ sebab aku ni memang macam inilah............... Apa yg aku ada dan masak utk keluarga aku ni, itulah yg aku post kt blog ni. X payah susah2 nk canggih-manggih. Akupun bukannya ada masa dan pandai masak. So, jadilah diri sendiri.........!!



'Asam Tempoyak Ikan kembung  Dengan Tomato'

Bahan2 :

3 ekor ikan kembung

2 biji tomato
3  sudu besar  tempoyak  
8 biji cili api
2 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung  dibersihkan dan dipotong2. Tomato dibelah enam Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Didihkan. 

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan tomato di akhir sekali . Bila hampir mendidih sekali lagi barulah diangkat dan siap utk dihidangkan.

p/s : Kalau korang perasan, asyik2  ikan kembung je.... ikan kegemaran lah tu!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...