Just Klik!

Friday, September 23, 2011

Sambal Kacang Ayam


Haaa........... smlm ni aku buat makan2 sikit utk kawan2 anak aku ..... raya sebulan katakan........!

Sambal kacang ni utk dimakan dgn nasi impit, rendang tok dan lontong......

So, inilah dia  masakannya.....

'Sambal kacang Ayam'

300gm kacang tanah 
Ayam - ikut suka nak banyak mana (potong kecil2)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm halia
3cm  lengkuas
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1 ketul kiub ayam - jika suka
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar, jangan terlampau lumat. Biar agak kasar sedikit. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam. Biar sehingga ayam masak. Masukkan pula pes asam jawa, kiub ayam dan air. Setelah mendidih, masukkan pula kacang tanah. Perisakan dengan garam dan gula. 

Masak diatas api kecil sehingga pecah minyak. Siap utk dihidangkan Sesuai dimakan dengan nasi impit, ketupat dan pulut tanak.

P/s : Ada satu petua tu.... tentang kacang tanah, sebelum kisar kacang tanah, buang dulu kulit nipisnya. X perlu buang semua. Dlm 3/4 % pun dah cukup. X boleh buang semua, kena tinggalkan ckit. Barulah rasa sambal kacang tu sedap!!!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...